Sunday 16 February 2014

COMEL Homestay Gambang Damai

Comel Homestay Gambang Damai terletak berhadapan dengan Bukit Gambang Resort City. Sangat convenient untuk pengunjung yang ingin bercuti di Gambang Waterpark dan Safari.



Penginapan yang selesa dan santai. 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Air cond di bilik tidur utama dan ruang tamu, dan kipas di bilik tidur yang lainnya. Setiap bilik dilengkapi katil, bantal dan selimut (ada juga tilam extra dan set cadar, bantal dan selimut).



Kami sediakan kelengkapan asas yang lengkap untuk memasak (dapur, kelengkapan penyediaan makanan dan memasak, peti sejuk). Mesin basuh juga disediakan untuk kemudahan anda (balik mandi manda di waterpark boleh terus basuh baju dan keringkan :) ).




Tuala juga disediakan untuk anda (nak bawa pegi waterpark pun boleh, tapi tolong bawa balik ke homestay la ye..hehe). Sejadah, telekung dan kain pelikat juga disedaiakan untuk memudahkan anda beribadat.

Nak bersantai bersama keluarga di ruang tamu boleh tonton TV atau channel Astro (kami sediakan njoi ~ boleh topup untuk tonton siaran kegemaran anda).

Kami berbesar hati untuk anda tinggal di homestay kami di masa akan datang. Sila hubungi Pn Anisa (018-9000-285) atau En Nizam (014-8426708) untuk tempahan, terima kasih :)

No comments:

Post a Comment