Sunday 28 May 2017

Sedekah

Tentang Sedekah

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kpd Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Adakah kamu tahu antara kebaikan2 sedekah itu?

Sila ambil perhatian kepada points number 17 hingga 19

Rujukan dari hadis2

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi  api neraka jahanam

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda

11. Orang2 yang memberi sedekah ialah orang2 yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT Inn Syaa Allah

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati

15. Sedekah mampu melepaskan anda drpd kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT Inn Syaa Allah

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup

18. Sedekah adalah ubat

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas

20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2

Rumusan Fisiologi Puasa

Rumusan Fisiologi Puasa.

Fasa 1 - Hari 1-2
Gula dalam badan menurun.
Jantung berdegup perlahan.
Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah.
Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau.

Fasa 2 - Hari 3-7
Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa.
Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak.
Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa.
Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.

Fasa 3 - Hari 8-15
Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan.
Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini.
Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.

Fasa 4 - Hari 16-30
Badan mula selesa dgn puasa.
Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.

Subhanallah

Wednesday 24 May 2017

Ramadhan Mubarak

Tinggal lagi beberapa hari je kita nak bertemu Ramadhan insyaAllah..Allahumma balighnaa Ramadhan :)

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Kuantan, Pekan dan sewaktu dengannya, untuk rujukan kita bersama :)

Selamat beribadah dan bertaubat sepanjang Ramadhan insyaAllah


Friday 12 May 2017

Perfect Livin 2017 Kuantan


Ada banyak event di Kuantan weekend ni, antaranya pameran perfect livin' 2017 yang berlansung di Zenith Hotel / SASICC. Best pegi sini, tengok pelbagai barang kelengkapan rumah yang inovatif. yang menariknya, hadir dan daftar pun dapat hadiah, belanja lagi lah dapat hadiah ;)  banyak juga promosi berkaitan kediaman yang x harus dilepaskan ketika pameran ini, jom lah sama2 pergi ke Zenith untuk pameran ni.

Boleh stay di Comel Homestay Tanjung Lumpur, nak ke bandar dekat aje, dlm 10 minit drive. Petang2 boleh santai di pantai, kalau nak yang tenang lepak2 ambil angin pantai, area pantai kempadang, pantai sepat..nak happening sikit lepak Teluk Cempedak ;) Boleh juga jalan2 tepi sungai kuantan, kat esplanade, anak2 pun seronok boleh main playground kat sana :)

Hubungi kami utk book Comel Homestay, whatsapp 0189000285 atau call 0148426708 :)

Selamat hari Jururawat!



masih belum terlambat nak ucapkan Selamat hari Jururawat kepada semua jururawat yang berhempas pulas menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan rasa tanggungjawab. Semoga Allah memberkati usaha kalian, dan sentiasa memberkati kehidupan kalian insyaAllah