Thursday 24 December 2015

Tahun 2015 bakal berakhir

Sedar tak sedar tahun 2015 dah nak sampai penghujungnya..weekend panjang betul kali ni, bermula semalam (cuti maulidul rasul), arini krismas, dan esok weekend sabtu ahad..haa, 4 hari cuti! mmg ramai yang datang cuti-cuti Malaysia ke Gambang dan Kuantan nampaknye. Alhamdulillah tahun ni cuaca baik. Tahun lepas ramai yang terpaksa cancel cuti-cuti ke pantai timur disebabkan highway banjir, alhamdulillah tahun ni tiada insiden banjir, hujan pun x berapa ada, biasa-biasa aje.

Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung Comel Homestay dan Apartments sepanjang tahun 2015, dan tahun2 sebelumnya, terutamanya kepada pengunjung yang datang kembali dan tolong recommend pada rakan taulan dan sanak saudara, terima kasih kerana mempercayai servis kami :)

Dukacita dimaklumkan Comel Homestay Indera Sempurna ditutup bermula Disember 2015, kedudukan yang strategik untuk keluarga yang ingin bercuti di Gambang dan Kuantan, melawat dan mendaftar anak2 di kolej2 MARA yang berdekatan dan KIPSAS. Ramai juga pengunjung yang ingin ke Pekan menginap di Comel Homestay Indera Sempurna, kerana ia terletak di antara Pekan dan Kuantan. Sempurna Resort yang berdekatan juga menjadi sebab pengunjung menginap di Comel Homestay Indera Sempurna, apabila ada event di resort/hotel, dan homestay menjadi pilihan untuk menginap, kenduri kendara. tournament silat, para kontraktor, sambutan hari raya dan pelbagai lagi pengunjung yang telah kami terima, terima kasih semuanya. Pelbagai kenangan kami di Comel Homestay Indera Sempurna, pasti dirindui, tetap di hati :)

Tahun 2016 pula kami akan memulakan cawang ke-3 kami di Balok Perdana, insyaAllah. Semalam dah angkat barang, pindah dari Comel Homestay Indera Sempurna ke Comel Homestay Balok Perdana 3. Doakan semuanya berjalan lancar, insyaAllah.

Comel Homestay dan Apartment yang akan beroperasi pada 2016:
1. Comel Homestay Gambang Damai
2. Comel Homestay Apartment - Unit A
3. Comel Homestay Apartment - Unit B
4. Comel Homestay Balok Perdana 1
5. Comel Homestay Balok Perdana 2
6. Comel Homestay Balok Perdana 3

Sokongan anda kekuatan kami, terima kasih :)