Wednesday 26 March 2014

PROMOSI: PERCUMA Baucar Diskaun Bukit Gambang

Ramai yang sangat berminat dengan promosi kami yang satu ni ;)



Soalan-soalan lazim (FAQ):

Q: Memang dapat ke baucar ni?
A: Ya, semua guest yang check in ke Comel Homestay akan mendapat baucar ni :)

Q: Berapa banyak baucar bole dapat? Satu je ke?
A: Satu baucar boleh beli ENAM tiket! Kalau tak cukup kami bagi lagi satu ;)

Q: Berapa malam sewa baru dapat baucar?
A: Semua guest yang check in ke Comel Homestay layak dapat baucar, walaupun menyewa hanya satu malam :)

Q: Macam mana nak guna baucar ni?
A: Tunjukkan baucar ketika membeli tiket di kaunter Bukit Gambang Waterpark :)

Q: Sampai bila ni dapat baucar?
A: Selagi stok masih ada :) Baucar ni valid sampai 30 Jun 2014

p/s: nanti cuti bulan 6 datang lah lagi Bukit Gambang dan jemput stay kat Comel Homestay ;) :)

Saturday 22 March 2014

Promosi Pembukaan Comel Homestay Bukit Gambang ;)

PROMOSI HEBAT sempena pembukaan kami:
1. PERCUMA kupon diskaun masuk ke Bukit Gambang Water Park dan Safari Park bagi setiap tempahan.
2. PERCUMA topup Astro Njoy (2 hari), anda boleh memilih sendiri siaran/saluran kegemaran anda jika menyinap lebih dari 1 malam.
3. PERCUMA Kopi, teh dan gula.
4. PERCUMA pinjaman tikar untuk ke Bukit Gambang
5. PERCUMA 1 botol besar Air Mineral
6. Promosi HANYA RM150/malam
Kami menawarkan perkhidmatan penginapan yang selesa dan murah untuk anda.
Exlusive kepada MUSLIM sahaja.
Rumah Teres Setingkat 3 Bilik dan 2 Bilik Air.

Lokasi :
Berhadapan dengan Bukit Gambang Water Park/Safari Park
Berhampiran kedai
Pasar malam pada hari sabtu
3 min ke Bukit Gambang Waterpark & Safari Park
5 min ke Kolej Matrikulasi/Kolej Komuniti/Pusat Asasi IIUM
10 min ke UMP dan Sekolah sukan
10 min ke exit Gambang
20 min ke Kolej Islam (KIPSAS)/Sekolah Sains
20 min ke Lapangan Terbang
40 min ke Bandar Kuantan/Teluk Cempedak/Tanjung Lumpur

Kemudahan yang disediakan :
Ruang Tamu:
- Penyaman Udara
- Sofa 3 seater
- Tv LED 32"
- Astro Njoy
- Kipas Syiling
- Kemudahan menggosok baju
Bilik Utama:
- Penyaman Udara
- 1 katil Queen
- Kipas Syiling
- Sejadah & Telekung
- Bilik Air
- Selimut
- 2 tuala
- Ubat nyamuk
Bilik ke-2
- 1 katil Queen
- Kipas berdiri
- Sejadah
- selimut
- 2 tuala
- Ubat nyamuk
Bilik ke-3
- 2 katil single
- Kipas dinding
- 2 selimut
- 2 tuala
- 4 bantal
- Ubat nyamuk
Ruang Makan/Dapur
- Meja makan utk 6 orang
- Peti Sejuk (2 pintu)
- Dapur memasak
- Periuk Nasi
- Kattle (Air Panas)
- Mesin Basuh Baju Fully Auto
- Pinggan mangkuk
- Peralatan asas utk memasak
- Air bancuhan (Kopi, Teh & Gula)
Kami turut menyediakan:
- 3 tilam single (extra)
- Sabun mandi di setiap bilik air
- Ampaian baju (luar)
Booking / Deposit : RM100.00/mlm (Bayaran penuh ketika check in)
Check in : 2.00pm Check out : 12.00tgh
Untuk tempahan hubungi
Anis : 018-9000 285
Nizam : 014-8426 708

Cuti Sekolah Bermula!

Cuti Sekolah sudah bermula! Selamat bercuti pada adik-adik dan guru-guru semua ;)


Anda sekeluarga pergi mana cuti sekolah ni? Kalau belum ada plan, jom lah datang Bukit Gambang Resort! Ramai keluarga pilih untuk jalan-jalan di Kuantan dan mandi manda di Bukit Gambang Waterpark (memang best! kami bagi baucar diskaun lagi...lagi lah best!)

Weekend ni Comel Homestay dah fully boooked..minggu depan ada sikit kekosongan lagi..so, siapa cepat dia dapat ;) ;) ;)

Wednesday 19 March 2014

2 unit penyaman udara @ Comel Homestay...

Salam dan selamat sejahtera...

Untuk keselesaan pengunjung dan penyewa comel homestay di Bukit Gambang...
Kami telah menambah 1 lagi penyaman udara di homestay kami...

So sekarang Comel Homestay di Bukit Gambang dah ada 2 unit penyaman udara... 1 di bilik utama dan 1 lagi di ruang tamu...

Semoga pengunjung dan penyewa Comel homestay berpuas hati dan selesa dengan perkhidmatan homestay kami ;)

Thursday 13 March 2014

Salam Jumaat

Jumaat datang lagi..penghulu segala hari yang penuh barakah, insyaAllah..semoga usaha kita diberkati Allah dan doa-doa kita diterima olehNYA


Wednesday 12 March 2014

PRAY FOR MH370

Mari lah kita sama-sama berdoa untuk MH370.

Doa untuk bacaan semua, khususnya ahli keluarga mereka yang terlibat. Boleh tolong print dan berikan kepada ahli keluarga. Bacaan doa itu dari hadis mawquf pada Ibn Umar r.a. 

وقد جاء هذا الحديث موقوفا على ابن عمر رضي الله عنه كما عند البيهقي في الدعوات الكبير(2\272-273) ورجاله ثقات، قال الشوكاني في تحفة الذاكرين (قال الحاكم رواته موثقون مدنيون لايعرف واحد منهم بجرح)



Tuesday 11 March 2014

Jambatan Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah

Syok pulak tengok paparan Majalah 3 tentang Jambatan Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah kat Penang tu.
Best kan nama jambatan kedua Pulau Pinang ;) sempena nama Yang DiPertuan Agong Malaysia yang dilantik buat kali keduanya. Lagi satu yang best, sepanjang bulan Mac 2014 tol adalah FREE! So, jom lah beramai-ramai test jambatan baru ~ satu kali, dua kali..banyak2 kali..huhu

Info:
Panjang Jambatan pertama: 13.5km
Panjang Jambatan kedua: 24km

gambar Jambatan Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah di malam hari, dari http://www.themalaymailonline.com/

plaza tol  Jambatan Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah, dari fb: Patrick Tan

bunga api ketika majlis pembukaan pada 1 Mac 2014, dari fb: Blueman Teh

#prayforMH750

Banyak hasil seni menarik yang terhasil dari kisah menyayat hati kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lalu...

sebagai seorang yang suka makanan (food lover), ni pilihan kami :D


susunan makanan kreatif atas pinggan oleh Samantha di http://www.leesamantha.com/


sentuhan penuh emosi pada kek oleh Azlita di http://www.azlitamasammanis.com/

Marilah kita sama-sama terus berdoa dan berserah pada Allah Yang Maha Berkuasa.
#prayforMH370


Saturday 8 March 2014

Mencari MH370

"Kemungkinan"
Sehingga kini kita masih menanti..kami di sini setia mengikuti update terkini misi mencari pesawat MH370 yang masih hilang sejak awal hari ini..di saluran Astro Awani (njoi ~ dapat ditonton di COMEL Homestay).

Semoga waris dan keluarga penumpang dan anak kapal diberi ketabahan dan terus optimis menanti..Semoga penumpang-penumpang dan anak kapal selamat..terutamanya 2 bayi di kalangan mereka itu...hati kami dan doa kami terus bersama mangsa, keluarga mereka dan semua yang turut mendoakan..

Pasar Malam di Bukit Gambang...

Nie la pasar malam paling hampir dengan Bukit Gambang Water Park... Lokasinyer di Taman Gambang Damai betul-betul di hadapan Bukit Gambang Water Park...

Pasar malam ni pada setiap hari Sabtu... So kalau ke Bukit Gambang Water Park pada hari sabtu, jangan lepaskan peluang untuk ke pasar malam ;)

Lokasi pasal malam ni juga dekat dengan homestay kami. Boleh jalan kaki je kalau nak pegi ;)




Thursday 6 March 2014

Sunnah Hari Jumaat

Salam semua,

Sempena hari jumaat penghulu segala hari...

Mari lah kita sama-sama mengamalkannya... Semoga beroleh nikmat dan keredahanNya... Amin...






Wednesday 5 March 2014

Subhanallah: bulan bintang

Malam tadi langit begitu cerah. Bulan dan bintang kelihatan amat terang dalam kelam. "stargazing" memang best malam tadi..buruj semua dapat dilihat dengan jelas, mashaAllah :)


Cuti Cuti

Cuti Pertengahan Penggal 1, atau orang panggil cuti sekolah bulan 3 dan dekat ;)
Homestay dekat ngan bukit gambang resort biasanya memang full time ni..maybe sebab cuaca pun selalunya baik masa bulan 3..wedding pun banyak terutamanya weekend first cuti sekolah tu (22 & 23 Mac).

COMEL Homestay masih ada kekosongan untuk cuti sekolah bulan 3 ni (tapi tak banyak dah..huhu)..so, sesiapa yang nak book, sila cepat k..last2 minute takut full pula..huhu


untuk booking/pertanyaan boleh contact Pn Anisa 018-9000-285, tq!

Monday 3 March 2014

Day trip KL - Kuantan by Flight

Ada 3 daily  flight pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Kuantan:


Biasanya atas urusan kerja dari KL, ramai ambil flight 9:05 pagi (sampai airport, dpt teksi dlm kul 10 pagi). Flight paling awal untuk balik semula ke KL 7:45pm (agak lama juga menunggu tu). Kalau ada urusan kerja di UMP Gambang atau sekitarnya, boleh lah stay di COMEL Guest House Apartments :) Boleh sewa DAY USE, RM80 sahaja.

Selesai urusan kerja, boleh rehat dengan selesa di Comel Guest House Apartments yang ala-ala hotel gitu ;) Boleh solat, mandi, rehat ataupun tidur sementara menunggu flight balik semula ke KL.

DAY USE di Comel Guest House Apartments sangat convenient kerana lokasi yang strategik. Jika berurusan di UMP, boleh berjalan kaki untuk sampai ke sini (melintasi jejantas), ataupun jika ada rakan kerja yang sudi hantarkan, cakap saja "dekat KK4".

Semoga kerja dan usaha kita diberkati Allah..dan Comel Apartments menjadi pilihan anda ;)