Thursday 24 December 2015

Tahun 2015 bakal berakhir

Sedar tak sedar tahun 2015 dah nak sampai penghujungnya..weekend panjang betul kali ni, bermula semalam (cuti maulidul rasul), arini krismas, dan esok weekend sabtu ahad..haa, 4 hari cuti! mmg ramai yang datang cuti-cuti Malaysia ke Gambang dan Kuantan nampaknye. Alhamdulillah tahun ni cuaca baik. Tahun lepas ramai yang terpaksa cancel cuti-cuti ke pantai timur disebabkan highway banjir, alhamdulillah tahun ni tiada insiden banjir, hujan pun x berapa ada, biasa-biasa aje.

Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung Comel Homestay dan Apartments sepanjang tahun 2015, dan tahun2 sebelumnya, terutamanya kepada pengunjung yang datang kembali dan tolong recommend pada rakan taulan dan sanak saudara, terima kasih kerana mempercayai servis kami :)

Dukacita dimaklumkan Comel Homestay Indera Sempurna ditutup bermula Disember 2015, kedudukan yang strategik untuk keluarga yang ingin bercuti di Gambang dan Kuantan, melawat dan mendaftar anak2 di kolej2 MARA yang berdekatan dan KIPSAS. Ramai juga pengunjung yang ingin ke Pekan menginap di Comel Homestay Indera Sempurna, kerana ia terletak di antara Pekan dan Kuantan. Sempurna Resort yang berdekatan juga menjadi sebab pengunjung menginap di Comel Homestay Indera Sempurna, apabila ada event di resort/hotel, dan homestay menjadi pilihan untuk menginap, kenduri kendara. tournament silat, para kontraktor, sambutan hari raya dan pelbagai lagi pengunjung yang telah kami terima, terima kasih semuanya. Pelbagai kenangan kami di Comel Homestay Indera Sempurna, pasti dirindui, tetap di hati :)

Tahun 2016 pula kami akan memulakan cawang ke-3 kami di Balok Perdana, insyaAllah. Semalam dah angkat barang, pindah dari Comel Homestay Indera Sempurna ke Comel Homestay Balok Perdana 3. Doakan semuanya berjalan lancar, insyaAllah.

Comel Homestay dan Apartment yang akan beroperasi pada 2016:
1. Comel Homestay Gambang Damai
2. Comel Homestay Apartment - Unit A
3. Comel Homestay Apartment - Unit B
4. Comel Homestay Balok Perdana 1
5. Comel Homestay Balok Perdana 2
6. Comel Homestay Balok Perdana 3

Sokongan anda kekuatan kami, terima kasih :)

Thursday 12 November 2015

Cuti Sekolah dah dekat

Minggu ni kebanyakan sekolah sibuk dengan raptai persembahan majlis akhir tahun, maknanya cuti sekolah dah dekat!


apa plan cuti sekolah ni? jom la dtg gambang..ada apa? bukit gambang waterpark dan safari park lah ;) mandi manda di bukit gambang waterpark, taman tema air yang terulung kat pantai timur ni :D

boleh juga jalan2 kat bukit gambang safari park, tengok animal show dia yg memang lain dari lain..banyak haiwan yang dapat kita tgk kat safari park ni..nak naik unta pun bole ;)

kalau dtg gambang, meh la stay ngan kami, Comel Homestay, rumah yang selesa untuk anda sekeluarga. lokasi paling dekat dengan bukit gambang resort tu. apa2 boleh whatsapp 018-9000-285

nak dtg gambang, ingat Comel Homestay ;)

Tuesday 16 June 2015

Ramadhan Tiba

Alhamdulillah...kita berkesempatan utk bertemu Ramadhan lagi pada tahun ini, insyaAllah. Comel Homestay beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadhan. Pilihan utama bulan Ramadhan biasanya Comel Homestay Indera Sempurna dan Comel Homestay Gambang Damai, kerana ramai ibu bapa datang untuk Ramadhan bersama anak2 mereka di kolej2 yang berdekatan :)

Selamat beribadah di bulan Ramadhan dan semoga Ramadhan kita lebih diberkati olehNYA, insyaAllah :)


*kawan saya kata "Siapa yg buat grafik ni mmg glamer. Habis semua grup dpt poster ni" hihi..mmg comel pun..kannn ;)


Wednesday 27 May 2015

Fridge Project

Banyak dok tgk kat fb DIY mencantikkan fridge, letak wallpaper, letak washi tapes, mcm2..
so, harini fridge kat Comel Homestay kita kasi makeup sikit, pakai sticker..ala..sticker roll panjang tu..kat mr DIY ada, kami beli kat Cowboy (kedai fevret org kuantan..hihi)

Sebelum pakai makeup..warna kulit tidak sekata, jeragat dan karat..haha



Selepas salut makeup permanent, cover semua cela :D


Nampak mcm designer fridge kan..hihi..amacam? ok jugak projek ni, senang je nak pasang, ukur, potong siap2 ikut saiz dier, then tampal terus (sticker)..fridge kecik ni sikit je pakai..ada byk lagi lebihan..nk g balut apa pulak yek..fridge Comel Homestay yg lain pulak lah..hihihi

korg try lah pulak..selamat mencuba!


Tuesday 27 January 2015

7 eleven di gambang damai

Wah..7 eleven nak dibuka di gambang damai..baguslah..mudah nk Cari barang walaupun dah lewat malam :)