Sunday 31 December 2017

Selamat Tahun Baru 2018

Alhamdulillah, dipanjangkan usia Kita dapat bertemu lagi Di tahun baru, 2018. Semoga Kita sentiasa berusaha menjadi Muslim Yang lebih baik.

Di sini Kami sharekan kalendar puasa untuk tahun 2018. Selamat beribadat 😉

Friday 22 December 2017

Tips memilih homestay

Berhati-hati dlm memilih homestay.
Sekarang banyak penipuan berlaku dalam transaksi online, banyak kes telah diviralkan untuk peringatan bersama. Malangnya, industri Homestay juga tidak terlepas Dari ancaman penipuan Dan sindiket menipu.

Bertindak bijak dalam memilih homestay. Antara tips bijak memilih homestay:

1. Survey harga pasaran homestay kawasan.
contoh: kawasan A Homestay dgn 1 aircond rm180/mlm. Penipu biasanya meletakkan harga yg lebih murah Dan kadangkala tidak munasabah, contoh: kawasan A homestay semua bilik aircond rm140/mlm.

2. Layari laman web atau Facebook page Homestay tersebut di samping cuma melihat iklan di portal pengiklanan homestay.
Dengan cara ini juga anda dapat bandingkan gambar dlm portal iklan konsisten/serupa dengan gambar dalam website/page. Biasanya Penipu tidak menggunakan gambar sebenar, sebaliknya menggunakan gambar gabungan beberapa homestay yang berbeza dalam iklan mereka.

3. Recommendation Dari kenalan adalah terbaik. Mereka ada pengalaman menginap di homestay tersebut Dan boleh memberi testimoni terbaik. Boleh juga semak testimoni pengunjung lain di sekitar internet.

4. Lakukan carian di internet nama homestay tersebut untuk melihat kredibiliti Homestay (website/Facebook page/instagram/testimoni dalam blog pengunjung/iklan2). Jika homestay tersebut ada dalam carian Google maps lebih baik ;)

5. Elakkan terpengaruh dengan iklan yang "too good to be true". Contohnya: semuanya ada; seperti astro semua channel ada, aircond semua bilik ada, bahan memasak pun ada, microwave ada, oven ada, pemanggang ajaib pun ada, water heater semua bilik air ada, internet (WiFi) ada, tapi Sewa sangat murah, tak sampai rm150/mlm.

Fikir-fikirkanlah. Trust your instincts. Doa pada Allah dilindungi Dari penipuan Dan penindasan org, Dan rezeki kita diberkati insyaAllah.

Jumpa Didi hujung minggu ni

Datang kuantan ke weekend ni? Boleh singgah kuantan parade, jumpa Didi and friends 😉😍

Saturday 2 December 2017

AHLI SYURGA YG TDK SOLAT TAHAJUD...TDK PUASA SUNAT....TDK SOLAT DHUHA.... BACALAH KALAU NAK RAHSIANYA....

Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata:
"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."

Tak lama kemudian dtg seorg pemuda yg muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tgn memegang sandal. Penampilan sgt sederhana. Tiada apa yg istimewa.

Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lg Rasulullah saw kata:
"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."

Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.
Salah seorang sahabat yg ada di situ ialah *Muaz bin Jabal ra.* Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yg dikatakan ahli syurga.

Lalu dia mencari jalan utk tidur di rumah lelaki itu dgn memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya.

Malam itu ketika Muaz bangun *bertahajjud*, pemuda itu masih *nyenyak tidur* hingga ke Subuh.

Pabila subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka *membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut* merangkak membaca. Tidak lancar seperti Muaz.

Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz *bersolat sunat Dhuha*. Tapi lelaki itu tidak.
Selain itu pada hari yg sama Muaz *berpuasa sunat*, tapi lelaki itu tidak.

Muaz pun menceritakan perihal Rasulullah saw telah katakan pada lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah mengatakan dia ahli syurga.. lalu pemuda itu berkata:

"Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lg solat dhuha. Apatah lg berpuasa sunat."
"Tapi…"
"Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yg baru ku pelajari:"

1. *Aku sgt cuba tidak sakitkan hati sesiapa.* Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yg tak kukenal.

"Muaz  berkata, subahanallah."
"Lagi...?"

2. *Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa.* Dan aku akan maafkan semua org yg membuat salah kepadaku.

"Muaz berkata, subahanallah. Lagi...?"

3. *Aku cuba jaga tali silaturrahim.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yg mampu aku lakukan.

*Subhanallah...*

Sahabat2 sekalian.
*Jika kita rasa kita hebat dgn imej kita, kita silap.* *Jika kita rasa kita hebat dgn amalan kita pun silap.*
*Kalau kita rasa kita tak perlu beramal, lagilah jauh silapnya.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah *tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lg hati ibu bapa.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, berpakaian ikut sunnah tp *selalu marah maki hamun org dan penuh dendam kesumat dlm dada.* Apatah maafkan orang.... jauh sekali.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta penuh sticker Islamik tapi *sering bergaduh, kawan selalu salah kita saja yg betul, sedara mara mula menjauhi  kita, kita tak kesah..* apatah lg nak melawat dan berkunjung usah diharap....

Tazkirah ... (Utk diri sendiri 😔)
Semoga الله  permudahkan segala urusan kita. Aminnn..

Thursday 30 November 2017

Jumaat 1 Dis 2017

َ
َْ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Pagi Hari Jumaat 01 Dis 2017 Brsmaan 12 R.Awal 1439 H  🌷🌷🌷🌷
Selamat mendirikan solat berjemaah fardhu.  lima waktu dengan penuh  keinsafan serta penuh tanggungjawab.  Insya Allah keselamatan  dunia n keselamatan.  akhirat dijamin  Allah. 🌷🌷🌷🌷


ُ 
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ. وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْن َ وَالصَّلاَةُوَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ lوَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
.
Ya اَللّهُ :- 

Tetapkanlah hati kami di atas agama-MU...
Kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah Mu kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami..!

Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang. berkat, doa yang mustajab-, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, bg kesejahteraan di dunia dan akhirat...🌷🌷🌷🌷.

Jauhkan kami.   dari     segala Penyakit, Fitnah, 
Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar... 🌷🌷🌷🌷

Ya اَللّهُ ...Ya  Ghaffar...!

Ampunkanlah dosa-dosa kami....
dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami,
kaum keluarga kami, guru2 kami,
sahabat-sahabat  kami serta  sekalian muslim n muslimat di mana saja mereka berada....... 🌷🌷🌷🌷

Selawat dan salam ke atas junjungan kami
Nabi  SAW serta ahli keluarga
dan para sahabatnya...!
🌷🌷🌷🌷
Segala puji pujian hannya utk Mu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin"
 
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّم ْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ء َاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة     ً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار.    
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
َ

Selawat ke atas Nabi SAW

Sambut Bulan Maulid *Nabi Besar Muhammad SAW'* dengan Sholawat
💞الّلهُمَّ صَلِّ💞
   🍓عَلَى سَيِّدِنَا🍓
             💞مُحَمَّدٍ 💞
                 🍓وَعَلَى آلِهِ 🍓
                    💞وَصَحْبِهِ💞َ
                🍓أَجْمَعْيْنَ🍓
💞الّلهُمَّ صَلِّ💞
   🍓عَلَى سَيِّدِنَا🍓
             💞مُحَمَّدٍ 💞
                 🍓وَعَلَى آلِهِ 🍓
                    💞وَصَحْبِهِ💞َ
                🍓أَجْمَعْيْنَ🍓
💞الّلهُمَّ صَلِّ💞
   🍓عَلَى سَيِّدِنَا🍓
             💞مُحَمَّدٍ 💞
                 🍓وَعَلَى آلِهِ 🍓
                    💞وَصَحْبِهِ💞َ
                🍓أَجْمَعْيْنَ🍓
💞الّلهُمَّ صَلِّ💞
   🍓عَلَى سَيِّدِنَا🍓
             💞مُحَمَّدٍ 💞
                 🍓وَعَلَى آلِهِ 🍓
                    💞وَصَحْبِهِ💞َ
                🍓أَجْمَعْيْنَ🍓
💞الّلهُمَّ صَلِّ💞
   🍓عَلَى سَيِّدِنَا🍓
             💞مُحَمَّدٍ 💞
                 🍓وَعَلَى آلِهِ 🍓
                    💞وَصَحْبِهِ💞َ
                🍓أَجْمَعْيْنَ🍓
💞الّلهُمَّ صَلِّ💞
   🍓عَلَى سَيِّدِنَا🍓
             💞مُحَمَّدٍ 💞
                 🍓وَعَلَى آلِهِ 🍓
                    💞وَصَحْبِهِ💞َ
                🍓أَجْمَعْيْنَ🍓
💞الّلهُمَّ صَلِّ💞
   🍓عَلَى سَيِّدِنَا🍓
             💞مُحَمَّدٍ 💞
                 🍓وَعَلَى آلِهِ 🍓
                    💞وَصَحْبِهِ💞َ
                🍓أَجْمَعْيْنَ🍓
💞الّلهُمَّ صَلِّ💞
   🍓عَلَى سَيِّدِنَا🍓
             💞مُحَمَّدٍ 💞
                 🍓وَعَلَى آلِهِ 🍓
                    💞وَصَحْبِهِ💞َ
                🍓أَجْمَعْيْنَ🍓
💞الّلهُمَّ صَلِّ💞
   🍓عَلَى سَيِّدِنَا🍓
             💞مُحَمَّدٍ 💞
                 🍓وَعَلَى آلِهِ 🍓
                    💞وَصَحْبِهِ💞َ
                🍓أَجْمَعْيْنَ🍓
💞الّلهُمَّ صَلِّ💞
   🍓عَلَى سَيِّدِنَا🍓
             💞مُحَمَّدٍ 💞
                 🍓وَعَلَى آلِهِ 🍓
                    💞وَصَحْبِهِ💞َ
                🍓أَجْمَعْيْنَ🍓

Kirimkan ke semua contact. Anda akan membuat beribu-ribu & bahkan berjuta-juta orang bershalawat atas Junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Maulidul rasul

Salam maulidul rasul. Long weekend ni. Selamat berhujung minggu bersama keluarga. Anak2 cuti sekolah ni, mesti seronok berjalan2. Berhati2 memandu, musim hujan Dan banyak kenderaan cuti sekolah/hujung minggu ni ;)

Thursday 9 November 2017

Konvo UMP

Sekarang ni musim konvo. Universities, kolej..tadika  pun berkonvo. Universiti Malaysia Pahang (UMP) pun berkonvo pada Bulan ni. Konvo UMP biasa lah, Di UMP Gambang.

Kebanyakan homestay Di Gambang dah fully booked, Ada Yang ditempah seawal Bulan ogos lagi. Hotel-hotel bajet pun dah penuh kebanyakannya.

Jangan risau, Cuba Cari penginapan luar kawasan Gambang. Boleh Cari Di kuantan. Ada Yang Kata jauh, mungkin juga.. perjalanan Dari kuantan ke Gambang mencecah 40 minit juga. Boleh Cari penginapan sekitar kawasan Taman tas, Taman guru, Inderapura, InderaSempurna. Dalam 20 minit perjalanan ke UMP Gambang, oklah tu Kan 😉

Tahniah kepada semua graduan Yang berkonvo!

Sunday 5 November 2017

SPM 2017

DOA MENDUDUKI EXAM.
Keluar rumah🏠:
بِسْمِ ٱللَّهِ تَوَکَّلْتُ عَلَى ٱللَّهُ
Otw 🚶🚶 :
يَا ذَٱلْجَلَالِ وَٱلْإِكْرَامِ
Msuk dewan periksa 🏫 : 
سَلٰمٌ قَوْلًا مِّن رَّبِّ ٱلرَّحِيمِ
Duduk 💺:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينَ
Buka kertas soalan 📄 :
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَاطَ اٱلْمُسْتَقِيمَ
Jawab soalan 📝 :
إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
Soalan susah ⚠ :         
وَكَانَ ذٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرًا
Check jawapan ❌ :        
إِنَّ ٱللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلٍيمًا
Hantar 🏁 :

وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَلِيًّا وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ يَسِيرًا
ٰ
Selamat menduduki exam SPM esok...
ALL THE BEST....
cipta kejayaan buat diri anda sendiri...insyallah...
Usaha Doa Tawakkal
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Saturday 28 October 2017

Power keycard

Bil elektrik homestay anda melambung tinggi? Ingin memaksimakan keuntungan.. pasang lah key kad ekses... elektrik homestay anda akan auto off jika kad dikeluarkan dari slotnya. Seperti hotel... Jangan tunggu lagi.. hubungi saya.. 0148426708 Nizam utk keterangan lanjut...

Wednesday 18 October 2017

Redha Allah

Putera Alwi al-Amin:
Salah satu tulisan yang sangat mengesankan ditulis oleh Syeikh Muhammad Sayyid Tantawy, Imam Besar Masjid Al-Azhar, Mesir

‎كُلُّنَا اَشْخَاصٌ عَادِيٌّ فِى نَظْرِ مَنْ لاَ يَعْرِفُنَا

Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yang tidak mengenal kita

‎وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ رَائِعُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَفْهَمُنَا

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita

‎وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مُمَيِّزُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يُحِبُّنَا

Kita istimewa dalam penglihatan orang-orang yang mencintai kita

‎وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مَغْرُوْرُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْسُدُنَا

Kita adalah peribadi yang menjengkelkan bagi orang yang penuh kedengkian

‎وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ سَيِّئُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْقِدُ عَلَيْنَا

Kita adalah orang-orang jahat di dalam tatapan orang-orang yang iri hati

‎لِكُلِّ شَخْصٍ نَظْرَتُهُ
‎فَلاَ تَتْعَبْ نَفْسَكَ لِتُحْسِنَ عِنْدَ الآخَرِيْنَ

Pada akhirnya, setiap orang memiliki pandangannya masing masing, maka tak usah berlelah lelah agar tampak baik di mata orang lain

‎يَكْفِيْكَ رِضَا اللّٰهُ عَنْكَ
‎رِضَا النَّاسِ غَايَةٌ لاَ تُدْرَك

Cukuplah dengan redha Allah bagi kita, sungguh mencari redha manusia adalah tujuan yang tidak akan pernah tercapai

‎وَرِضَا اللّٰهُ غَايَةٌ لاَ تُتْرَك
‎فَاتْرُكْ مَا لاَ يُدْرَكْ ، وَاَدْرِكْ مَا لاَ يُتْرَكْ

Sedangkan redha Allah, destinasi yang pasti sampai, maka tinggalkan segala upaya mencari keredhaan manusia, dan tumpukan saja pada redha Allah

Happy deepavali

Kami di Comel homestay mengucapkan selamat menyambut deepavali kepada penganut agama Hindu, Dan selamat bercuti kepada seluruh rakyat Malaysia. Cuti deepavali skali ngan cuti sekolah ni, anda Dan keluarga pergi jalan-jalan kat mana? Jom lah dtg Gambang, stay di Comel Homestay 😉

Sunday 15 October 2017

Tengok wayang FREE kat Kuantan City Mall

Weekend ni ramai warga kuantan mengunjungi Kuantan City Mall. Kenapa? ye lah, mall baru buka.. Didi and friends buat show setiap hari dari Khamis sampai Ahad, meet and greet fans, jualan merchandise dan macam2 lah..budak-budak memang happy sangat (mak bapak pun happy jugak sebenarnye kann)

Apa yang best kat KCM ni? macam2 ada, yg tu kite cerita kat entry lain. skrg ni nak cerita tentang cinema yang bukak kat dalam KCM ni.. MBO Cinemas; selama 4 hari ni juga (12-15 oktober), diorang ada buat tayangan FREE! malam ni last, sempat lagi ni ;)

ye, memang cerita kanak2 je la yang tayangan free, cerita didi atau ninja go. sebabnya, ada cinema hall special untuk kanak-kanak tau, siap ada playground lagi dalam tu. menarik kann? 
tengok le tu, playground haa dlm hall yg dipanggil MBO KeCIL oleh MBO Cinemas. 

Sunday 28 May 2017

Sedekah

Tentang Sedekah

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kpd Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Adakah kamu tahu antara kebaikan2 sedekah itu?

Sila ambil perhatian kepada points number 17 hingga 19

Rujukan dari hadis2

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi  api neraka jahanam

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda

11. Orang2 yang memberi sedekah ialah orang2 yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT Inn Syaa Allah

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati

15. Sedekah mampu melepaskan anda drpd kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT Inn Syaa Allah

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup

18. Sedekah adalah ubat

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas

20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2

Rumusan Fisiologi Puasa

Rumusan Fisiologi Puasa.

Fasa 1 - Hari 1-2
Gula dalam badan menurun.
Jantung berdegup perlahan.
Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah.
Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau.

Fasa 2 - Hari 3-7
Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa.
Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak.
Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa.
Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.

Fasa 3 - Hari 8-15
Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan.
Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini.
Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.

Fasa 4 - Hari 16-30
Badan mula selesa dgn puasa.
Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.

Subhanallah

Wednesday 24 May 2017

Ramadhan Mubarak

Tinggal lagi beberapa hari je kita nak bertemu Ramadhan insyaAllah..Allahumma balighnaa Ramadhan :)

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Kuantan, Pekan dan sewaktu dengannya, untuk rujukan kita bersama :)

Selamat beribadah dan bertaubat sepanjang Ramadhan insyaAllah


Friday 12 May 2017

Perfect Livin 2017 Kuantan


Ada banyak event di Kuantan weekend ni, antaranya pameran perfect livin' 2017 yang berlansung di Zenith Hotel / SASICC. Best pegi sini, tengok pelbagai barang kelengkapan rumah yang inovatif. yang menariknya, hadir dan daftar pun dapat hadiah, belanja lagi lah dapat hadiah ;)  banyak juga promosi berkaitan kediaman yang x harus dilepaskan ketika pameran ini, jom lah sama2 pergi ke Zenith untuk pameran ni.

Boleh stay di Comel Homestay Tanjung Lumpur, nak ke bandar dekat aje, dlm 10 minit drive. Petang2 boleh santai di pantai, kalau nak yang tenang lepak2 ambil angin pantai, area pantai kempadang, pantai sepat..nak happening sikit lepak Teluk Cempedak ;) Boleh juga jalan2 tepi sungai kuantan, kat esplanade, anak2 pun seronok boleh main playground kat sana :)

Hubungi kami utk book Comel Homestay, whatsapp 0189000285 atau call 0148426708 :)

Selamat hari Jururawat!



masih belum terlambat nak ucapkan Selamat hari Jururawat kepada semua jururawat yang berhempas pulas menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan rasa tanggungjawab. Semoga Allah memberkati usaha kalian, dan sentiasa memberkati kehidupan kalian insyaAllah

Tuesday 18 April 2017

Pesta Layang-layang Pantai Sepat Kuantan


wahhh..best ni...jom ramai-ramai pergi perta layang-layang di Pantai Sepat, Kuantan. Dekat je dgn Comel Homestay Tanjung Lumpur ni. Jom stay sini cuti panjang ni ;)

contact 0189000285/0148426708 untuk booking Comel Homestay skrg :)

Friday 7 April 2017

24 April Cuti Umum

 22-24 April akan jadi long weekend nanti. Dah ada plan nak bercuti ke mana-mana ke? kalau nak datang kuantan atau Gambang, boleh lah contact kami dan stay di Comel Homestay ye :)
whatsapp 0189000285 atau call 0148425708 segera untuk booking, tq
PETALING JAYA: Kerajaan mengisytiharkan 24 April ini sebagai hari cuti umum tambahan di seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan hari ini berkata, 2 acara utama akan diadakan di Istana Negara pada hari itu, iaitu Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, pada sebelah pagi dan Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan, pada sebelah malam.

Tambahan, katanya, 2 acara lain turut akan diadakan, iaitu Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Solat Hajat di Masjid Putra, Putrajaya pada 20 April ini dan Pameran Raja Kita di Muzium Diraja pada 2 Mei nanti.
Ali berkata, pengisytiharan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan, serta kerajaan negeri akan mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri mereka.

sumber berita: FMT

Wednesday 29 March 2017

Comel Homestay Tanjung Lumpur

okay, kite panggil Comel Homestay yang terkini ni Comel Homestay Tanjung Lumpur lah ye, sebab Tanjung Lumpur lebih dikenali, tempat makan ikan bakar kat kuantan ni kann..
Lokasi Comel Homestay Tanjung Lumpur ialah di Bandar Putra, Tanjung Lumpur, Kuantan.
Rumah yang luas (2 tingkat) boleh memuatkan ramai penghuni; senang sewa satu rumah sahaja bila jalan2 beberapa family :)



Makan-makan mmg heaven kat Tanjung Lumpur ni, dari breakfast, lunch, minum petang, dinner semuanya ada port best. Nak makan tepi laut pun ada, sambil makan sambil menghirup udara segar..best ke best tu!

Nak pergi Teluk Cempedak pun dah dekat juga ;)

Jom lah stay kat Comel Homestay Tanjung Lumpur ni, whatsapp 0189000285 untuk booking ye, tq ^_^

Thursday 16 March 2017

Keputusan SPM Harini!

Harini keputusan SPM diumumkan untuk calon-calon SPM 2016. Tahniah dan Syabas kepada adik2 semua :)



Dah fikir-fikirkan nak sambung belajar ke mana? Kalau suka engineering boleh pilih Universiti Teknologi Pahang ni...medic boleh pilih Universiti Islam Antarabangsa. Ataupun daftar ke program Matriks dahulu :)

Kalau dah dapat tempat nanti...kalau dapat Matriks Gambang ke, Matriks UIA ke, diploma UMP ke..jom lah ajak family stay kat Comel Homestay Gambang masa registration nanti ;) lepas2 tu kalau family nak datang visit pun boleh stay Comel Homestay lagi...Grad nanti pun jom stay Comel Homestay lagi ye ;) ;)

Tahniah dan selamat maju jaya semua!

Ikhlas dari kami di Comel Homestay Gambang, Kuantan, Gebeng :)

Wednesday 15 March 2017

Cuti Sekolah Kembali Lagi!

Minggu ni mesti anak2 yg bersekolah busy exam penilaian 1 , minggu depan CUTI! YAY!

kita kasi kalendar kuda terus kali ni..hihi..senang nak rujuk ;)

Dah ada plan nak pergi mana cuti sekolah ni? kalau belum jom lah datang kuantan ;) mandi manda kat gambang waterpark ke..pastu stay kat Comel Homestay ye..kita ada kat gambang, kat kuantan dan balok :) pilih destinasi, pilih lokasi ;)

contact kami ye 0148426708 / 0189000285. tq

Tuesday 14 March 2017

2017 is the year to VISIT PAHANG


Tahun 2017 ni tahun melawat Pahang tau...jom le datang kuantan, stay kat Comel Homestay :)
nak g waterpark ke safari park ke boleh stay kat Comel Homestay Gambang ~ rumah teres ada, apartment pun ada..sila2 pilih ;)
kalau nak jalan2 bandar kuantan, jalan2 cari makan, ikan bakar, patin tempoyak, daging salai masak lemak, keropok lekor, (perghh...yummmss!) boleh stay kat Comel Homestay Kuantan, di Bandar Putra, Tanjung Lumpur.
Jalan2 pantai pun best...ada banyak pantai kat kuantan ni..belah2 ke Cherating sana boleh stay kat Comel Homestay Balok Perdana ~ ada rumah 3 bilik dan 4 pilih...cam biasa...sila2 pilih ;)

TIPS:

  • nak tau tempat makan best, boleh cari banner macam kat atas tu, hoGoh ada gajah tu..kedai2 yang recommended sume pakat ada banner ni, bab makan2 ni kite suka..nanti kita review lagi tempat2 makan menarik kat kuantan ni dalam post2 lain k ;)
  • nature lovers, banyak tempat menarik kat pahang ni..cuma kena rajin cari sikit..hihi
  • layari official website Visit Pahang untuk latest updates http://www.visitpahang.com/
  • download app Visit Pahang , utk tau events menarik akan dtg ;)

Monday 13 March 2017

NEW! Comel Homestay Bandar Putra

Homestay terbaru di bawah kelolaan Comel Homestay adalah di Bandar Putra, Tanjung Lumpur; pusat ikan bakar terlazat di Kuantan. Berdekatan dengan bandar Kuantan, Pantai Teluk Cempedak, dan pelbagai pantai-pantai lain seperti Pantai Sepat, Pantai Kempadang dan Pantai Cempaka.

Rumah teres 2 tingkat yang sangat luas dan selesa dapat memuatkan ramai penginap. Sesuai untuk rombongan kenduri, lawatan, atau percutian keluarga.

Hubungi kami untuk pertanyaan/ booking segera :)
0148426708 / 0189000285

Sunday 5 February 2017

Assalamualaikum Dunia

Assalamualaikum semua, maaf lama sungguh kami menyepi dari blog ni...
Alhamdulillah Comel Homestay kuantan masih beroperasi seperti biasa.
Comel Homestay yang available untuk disewa:

  1. Comel Homestay Tanjung Lumpur
  2. Comel Homestay Gambang Damai ( Teres 3 bilik tidur, 2 bilik air)
  3. Comel Homestay Gambang Perdana Unit A ( Studio Apartment, 2 katil ~ queen + single)
  4. Comel Homestay Gambang Perdana Unit B ( Studio Apartment, 1 katil queen)
  5. Comel Homestay Balok Perdana 1 ( Teres 4 bilik tidur, 2 bilik air)
  6. Comel Homestay Balok Perdana 2 ( Teres 3 bilik tidur, 2 bilik air)
  7. Comel Homestay Balok Perdana 3 ( Teres 3 bilik tidur, 2 bilik air)
  8. Comel Homestay Balok Perdana 4 ( Teres 3 bilik tidur, 2 bilik air)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi En Nizam di talian 014-8426708
Booking boleh melalui whatsapp ke nombor 018-9000285 atau 014-8426708

Terima kasih :)