Friday 10 June 2016

Waktu Imsak dan Berbuka Kuantan

Untuk rujukan pengunjung Comel Homestay Gambang Damai, Comel Homestay Indera Sempurna dan Comel Homestay Balok Perdana.

Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah2 lain di bulan mulia ini :)


Thursday 9 June 2016

Tips minum 8 gelas sehari di bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan ni kita tetap nak kekal sihat kan ;)
Penting untuk kita pastikan badan kita terhidrat secukupnya, tetap kena minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari (AIR KOSONG tau ;) ) . Tapi rasa macam susah ke nak cukupkan 8 gelas? ni kita kongsikan tips macam mana nak minum 8 gelas air kosong sehari (paling kurang 8 gelas, lebih pun takpe..hihi)


gelas 1: bangun sahur tu, terus je minum 1 gelas
gelas 2: sebelum mula makan sahur 1 gelas
gelas 3: lepas habis makan sahur 1 gelas
~puasa~
gelas 4: buka puasa je terus minum 1 gelas
gelas 5: lepas makan 1 gelas lagi
gelas 6: sebelum pergi tarawih minum 1 gelas
gelas 7: balik tarawih 1 gelas lagi
gelas 8: last sekali, sebelum tidur minum 1 gelas

senang kan ;)
in fact, nampak macam sikit pula, hihi..
selamat beribadah!

Monday 6 June 2016

Ramadhan 2016

Ramadhan Kareem!

Selamat beribadat di bulan mulia ini. Semoga Allah memberkati dan menerima amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita. Semoga Ramadhan ini menjadikan kita Muslim yang lebih baik insyaAllah :)


Thursday 26 May 2016

Pendaftaran Pelajar Baru UMP

Esok pendaftaran pelajar baru Universiti Malaysia Pahang. Tahniah kepada calon-calon yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke UMP. Semoga beroleh kejayaan dan kematangan, seterusnya bermanfaat kepada keluarga khususnya dan kepada masyarakat amnya :-)

Hujung minggu ni dan hujung minggu seterusnya memang agak penuh homestay di Gambang, kerana sekarang ni "musim pendaftaran". Minggu ni UMP, minggu depan Kolej Matriks, minggu seterusnya Pusat Asasi UIAM.

Ibu bapa dan pelajar disarankan booking awal homestay untuk mengelakkan kekecewaan "fully booked" dari para pengusaha homestay. Comel homestay ada banyak pilihan rumah untuk keselesaan anda sekeluarga. Hubungi kami segera untuk booking, 0148426708 (Nizam) / 0189000285 (Anisa). TQ

Thursday 14 April 2016

Bata Sale in Kuantan

kalau dtg kuantan, bole la jenguk2 Bata Sale kat Jln Beserah yek, sampai awal Mei ;)


Friday 8 April 2016

Al-Fatihah Mr Os

Pengakhiran yang baik dalam kehidupan dunia yg sementara. Husnul Khotimah...insyaAllah.
Al-Fatihah.


Wednesday 6 April 2016

Seminar Keluarga Sunnah by Ust Ebit Lew

Siapa tak kenal Ust Ebit Lew yang sangat menghargai keluarga, terutama Isterinya. Tutur kata yang sentiasa mendamaikan, nasihat2 yang menusuk jiwa namun mendamaikan, mengajak kita sekeluarga lebih bahagia bersama di dunia agar boleh kekal bahagia di akhirat kelak.

Harini dok viral seminar Keluarga Sunnah yang akan diadakan di serata Malaysia (Jom kita viralkan berita baik ni). Kali ni Ust Ebit buat seminar luar KL (biasanya di UPM Serdang je). So, jom ambil peluang ni utuk join, buka hati kita ke arah perubahan yang lebih baik dan redha Allah SWT, insyaAllah :)

KUANTAN: 15 MEI 2016: Dewan Jubli Perak


Friday 25 March 2016

Konvokesyen POLISAS ke-37

homestay kat area gambang dh mula penuh utk 16 mei ni, sebab konvo Polisas akan berlansung di bukit gambang resort pada 17 dan 18 mei. Cepat2 booking homestay sebelum semuanya penuh. Comel Homestay di Gambang Damai dah fully booked, tapi apartment di Gambang Perdana masih available, ok juga stay kat apartment kalau dtg 1 family je, selesa, dlm 10 minutes drive je (lokasi apartment: berhadapan kampus UMP Gambang)..nak cari makan pun senang..banyak kedai...bole try nasi kukus my mama yang sedap tu ;)



Biasanya konvo mesti nak celebrate makan2 kan..kalau area gambang ni kami recommed pergi ke Sinar Mesra Seafood di Batu 11, Jalan Gambang. 

Kalau nak lagi best pegi Tanjung Lumpur, pusat ikan bakar di Kuantan. Yang paling glemer mestilah kedai Ana Ikan Bakar Petai, tapi banyak sungguh kedai kat Tanjung Lumpur tu..pilih je la yang mana suka. Memang jauh Tanjung Lumpur dari Gambang, tapi boleh stay kat Indera Sempurna, nak ke gambang pun x lah jauh sangat, nak ke bandar kuantan pun tak lah jauh sangat, lepas pergi majlis konvokesyen boleh jalan2 kuantan satu family, pergi Teluk Cempedak ke, esplanade ke, makan2, minum petang..macam2 boleh buat..nak pergi POLISAS ambil gambar pun x jauh sangat kalau nak balik ke Indera Sempurna banding dengan Gambang :)

Whatsapp 0189000285 atau call 0148426708 untuk booking ye, thanks :)

Thursday 24 March 2016

Comel Homestay Indera Sempurna

We're back!
Comel Homestay di Indera Sempurna kini dibuka semula, di lorong yang sama...rumah je berbeza. Rumah teres 3 bilik tidur, 2 bilik air. Aircond di bilik tidur utama. Kelengkapan dapur serba lengkap, macam biasa lah :)







kat mana Indera Sempurna ni? terletak di highway pekan-kuantan. Berdekatan dengan KIPSAS, KKTM, Giatmara Kuantan, KPTM. Kawasan perumahan yang selesa, banyak kedai makan berdekatan, terdapat pelbagai kedai, supermarket, dobi, dan juga terdapat kedai-kedai yang beroperasi 24 jam termasuk dobi, kedai serbaguna dan supermarket.

Pasar malam juga terdapat di sini pada hari Selasa dan Sabtu. 

Ada sebuah resort di dalam Indera Sempurna iaitu Sempurna Resort, yang menawarkan swimming pool yang menarik untuk kanak2. Kalau nak pegi bukit gambang resort / waterpark pun ok jugak stay kat Indera Sempurna ni. Dekat dengan Tanjung Lumpur, tempat makan ikan bakar best kat kuantan ni. Lepas tu boleh jalan2 Teluk Cempedak atau pantai2 pilihan lain ;)



Tuesday 8 March 2016

Waktu Gerhana Matahari Separa di seluruh Malaysia

Sempat tak tengok gerhana matahari tadi?
tadi kami sampai je rumah terasa gelap, ingatkan mendung, terlupa pula ada gerhana matahari separa pagi ni..mmg gelap sekejap..
lebih banyak burung berkumpul sekitar rumah pagi ni berbanding kebiasaannya..haiwan instict mereka kuat bab2 fenomena alam ni kan ;)

mesti ramai yang share pengalaman gerhana separa masing2 harini di laman sosial ;)


Gerhana Matahari Separa




Fenomena Gerhana Matahari Separa dijangka akan berlaku pada hari Rabu bersamaan 9 Mac 2016 bermula jam 7:24 pagi hingga 9:31 pagi dan menjadi sunnah yang dituntut untuk mendirikan Solat Sunat Gerhana Matahari pada waktu tersebut. Digalakkan untuk mengadakan Solat Sunat Gerhana Matahari.

KAIFIYYAH SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI


Hukum: Sunat Muakad. Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku' dan 4 sujud, seperti berikut :

RAKAAT PERTAMA

Lafaz niat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
6. I'tidal
7. Sujud dan seterusnya seperti  solat biasa

RAKAAT KEDUA

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
5. I'tidal
6. Sujud
7. Tahiyyat Akhir

Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.


Thursday 3 March 2016

Cuti Pertengahan Penggal Pertama 2016

Cuti sekolah bulan Mac kembali!


dah ada idea nak ke mana?? 

Kalau belum jom la datang kuantan, mandi manda ;) waterpark ada, sungai ada, laut pun ada :)
Datang kuantan jemputla stay kat Comel Homestay yea..sila2..jgn malu2 :)

Whatsapp je 0189000285 untuk booking sekarang!

Keputusan SPM 2015

Tahniah kepada semua calon SPM 2015 yang dapat keputusan peperiksaan hari ni :)
Perjalanan masih jauh, teruskan usaha.

Belum semak keputusan? boleh semak melalui SMS je ;)

Saturday 6 February 2016

Chinese New Year


Happy Chinese New Year to all who are celebrating. Have a wonderful reunion dinner tonight :)

Monday 1 February 2016

Cuti Sekolah Raya Cina


Sekejap je dah masuk Febuari, next week Chinese New Year, skali dgn cuti sekolah seminggu. Ramai yang bercadang nak bercuti ke Gambang Waterpark nampaknya ;) Comel Homestay Gambang Damai hampir full sepanjang minggu depan (hari biasa), tetapi apartment masih terdapat kekosongan pada hujung minggu. 

Apartment sangat selesa dan convenient, banyak kedai makan kat bawah tu je, 7eleven pun ada, laundry pun ada. Sesuai untuk 1 keluarga, dlm 3-5 orang. untuk booking sila hubungi Pn Anisa 0189000285 / En Nizam 0148426708.  tq :)