Sunday 31 December 2017

Selamat Tahun Baru 2018

Alhamdulillah, dipanjangkan usia Kita dapat bertemu lagi Di tahun baru, 2018. Semoga Kita sentiasa berusaha menjadi Muslim Yang lebih baik.

Di sini Kami sharekan kalendar puasa untuk tahun 2018. Selamat beribadat 😉

Friday 22 December 2017

Tips memilih homestay

Berhati-hati dlm memilih homestay.
Sekarang banyak penipuan berlaku dalam transaksi online, banyak kes telah diviralkan untuk peringatan bersama. Malangnya, industri Homestay juga tidak terlepas Dari ancaman penipuan Dan sindiket menipu.

Bertindak bijak dalam memilih homestay. Antara tips bijak memilih homestay:

1. Survey harga pasaran homestay kawasan.
contoh: kawasan A Homestay dgn 1 aircond rm180/mlm. Penipu biasanya meletakkan harga yg lebih murah Dan kadangkala tidak munasabah, contoh: kawasan A homestay semua bilik aircond rm140/mlm.

2. Layari laman web atau Facebook page Homestay tersebut di samping cuma melihat iklan di portal pengiklanan homestay.
Dengan cara ini juga anda dapat bandingkan gambar dlm portal iklan konsisten/serupa dengan gambar dalam website/page. Biasanya Penipu tidak menggunakan gambar sebenar, sebaliknya menggunakan gambar gabungan beberapa homestay yang berbeza dalam iklan mereka.

3. Recommendation Dari kenalan adalah terbaik. Mereka ada pengalaman menginap di homestay tersebut Dan boleh memberi testimoni terbaik. Boleh juga semak testimoni pengunjung lain di sekitar internet.

4. Lakukan carian di internet nama homestay tersebut untuk melihat kredibiliti Homestay (website/Facebook page/instagram/testimoni dalam blog pengunjung/iklan2). Jika homestay tersebut ada dalam carian Google maps lebih baik ;)

5. Elakkan terpengaruh dengan iklan yang "too good to be true". Contohnya: semuanya ada; seperti astro semua channel ada, aircond semua bilik ada, bahan memasak pun ada, microwave ada, oven ada, pemanggang ajaib pun ada, water heater semua bilik air ada, internet (WiFi) ada, tapi Sewa sangat murah, tak sampai rm150/mlm.

Fikir-fikirkanlah. Trust your instincts. Doa pada Allah dilindungi Dari penipuan Dan penindasan org, Dan rezeki kita diberkati insyaAllah.

Jumpa Didi hujung minggu ni

Datang kuantan ke weekend ni? Boleh singgah kuantan parade, jumpa Didi and friends 😉😍

Saturday 2 December 2017

AHLI SYURGA YG TDK SOLAT TAHAJUD...TDK PUASA SUNAT....TDK SOLAT DHUHA.... BACALAH KALAU NAK RAHSIANYA....

Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata:
"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."

Tak lama kemudian dtg seorg pemuda yg muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tgn memegang sandal. Penampilan sgt sederhana. Tiada apa yg istimewa.

Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lg Rasulullah saw kata:
"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."

Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.
Salah seorang sahabat yg ada di situ ialah *Muaz bin Jabal ra.* Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yg dikatakan ahli syurga.

Lalu dia mencari jalan utk tidur di rumah lelaki itu dgn memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya.

Malam itu ketika Muaz bangun *bertahajjud*, pemuda itu masih *nyenyak tidur* hingga ke Subuh.

Pabila subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka *membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut* merangkak membaca. Tidak lancar seperti Muaz.

Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz *bersolat sunat Dhuha*. Tapi lelaki itu tidak.
Selain itu pada hari yg sama Muaz *berpuasa sunat*, tapi lelaki itu tidak.

Muaz pun menceritakan perihal Rasulullah saw telah katakan pada lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah mengatakan dia ahli syurga.. lalu pemuda itu berkata:

"Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lg solat dhuha. Apatah lg berpuasa sunat."
"Tapi…"
"Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yg baru ku pelajari:"

1. *Aku sgt cuba tidak sakitkan hati sesiapa.* Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yg tak kukenal.

"Muaz  berkata, subahanallah."
"Lagi...?"

2. *Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa.* Dan aku akan maafkan semua org yg membuat salah kepadaku.

"Muaz berkata, subahanallah. Lagi...?"

3. *Aku cuba jaga tali silaturrahim.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yg mampu aku lakukan.

*Subhanallah...*

Sahabat2 sekalian.
*Jika kita rasa kita hebat dgn imej kita, kita silap.* *Jika kita rasa kita hebat dgn amalan kita pun silap.*
*Kalau kita rasa kita tak perlu beramal, lagilah jauh silapnya.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah *tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lg hati ibu bapa.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, berpakaian ikut sunnah tp *selalu marah maki hamun org dan penuh dendam kesumat dlm dada.* Apatah maafkan orang.... jauh sekali.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta penuh sticker Islamik tapi *sering bergaduh, kawan selalu salah kita saja yg betul, sedara mara mula menjauhi  kita, kita tak kesah..* apatah lg nak melawat dan berkunjung usah diharap....

Tazkirah ... (Utk diri sendiri 😔)
Semoga الله  permudahkan segala urusan kita. Aminnn..