Tuesday 30 January 2018

Gerhana Bulan Yang Istimewa


Malam uni akan berlaku bukan Dua, retail TIGA fenomena Bulan secara serentak, iaitu super moon, blood moon dan blue moon. Apa Yang istimewa tentangnya? Fenomena ini cuma berlaku setiap 156 tahun! Dan Kita berpeluang melihatnya, Subhanallah! Lihatlah kebesaran Allah dengan Mata hati kita supaya bertambah keimanan Kita terhadap Yang Mahal Esa. Masya Allah!

Sebagai seorang Muslim, apabila berlaku gerhana (blood moon), Kita digalakkan mengerjakan solat gerhana. Malam ini jangan lepaskan peluang untuk mengejar keredhaan Allah dengan beribadah Dan mengagumi kebesaran Allah.

Ringkasan fenomena-fenomena Bulan:

1. Supermoon : Bulan kelihatan lebih besar Dari biasa, kerana kedudukan Bulan berada paling hampir dengan bumi pada ketika itu.

2. Blood moon : gerhana bulan, iaitu kedudukan bumi berada Di antara Bulan Dan matahari Dalam Satu garis lurus.

3. Blue moon : berlaku Dua Bulan penuh (full moon) Dalam Satu Bulan. Kali pertama pada 1 Januari 2018, Dan Hari ini 31 Januari buat Kali keduanya.