Sunday 8 December 2013

COMEL HOMESTAY and GUEST HOUSES KUANTAN

Selamat Datang ke blog COMEL HOMESTAY, KUANTAN. Untuk booking boleh call Pn Anisa di talian 018-9000-285.

COMEL HOMESTAY ada di dua lokasi ~ di Gambang dan di Indera Sempurna.

Comel Guest House Apartments Gambang. "Tinggal di sini rasa macam duduk hotel" (serius!)
Di Gambang, kami ada 2 Unit Studio Apartment Eksekutif. Studio Apartment bermaksud apartment yg ada ruang tamu, ruang makan dan penyediaan makanan, satu bilik air dan satu bilik tidur. Apartment di Gambang ni sangat eksklusif, sesuai untuk tetamu professional bagi institut pengajian tinggi seperti tetamu Universiti Malaysia Pahang, Sekolah Sukan Pahang, Kolej Matrikulasi Gambang dan Kolej Komuniti Paya Besar. Para professional yang ada tugasan atau lawatan di Universiti Malaysia Pahang dan institusi yang berdekatan bolehlah tinggal di Comel Homestay Apartments Gambang kerana ia selesa seperti tinggal di hotel (cuma tiada room service dan breakfast).

Selain dari urusan kerja, Comel Guest House Apartments Gambang ni juga sesuai untuk didiami ketika bercuti bersama keluarga. Tempat paling glemer kat Gambang ni untuk santai bersama keluarga tak lain adalah Bukit Gambang Resort City; ada Waterpark, Safari Park dan Extreme Park. Apartment kami ni dekat je dengan Bukit Gambang Resort City, dan kami selalu dapat kupon diskaun untuk tiket masuk ke Waterpark ;) Apartment ni sesuai untuk keluarga kecil, misalnya parents dan anak2 kecil (2 dewasa dan 2 kanak-kanak).





Comel Homestay Gambang Damai adalah sebuah homestay teres setingkat yang lebih sesuai untuk keluarga yang lebih besar atau beberapa keluarga. Rumah ini ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu, ruang makan dan dapur. Terletak betul-betul berhadapan dengan Bukit Gambang Resort City. Sesuai bagi anda yang ingin ke Waterpark atau Safari bersama keluarga.


Comel Homestay Indera Sempurna pula terletak di Indera Sempurna, lebuhraya Kuantan - Pekan; berdekatan dengan KIPSAS, KPTM, KKTM, dan tidak jauh sangat dari kolej-kolej di Pekan seperti Kolej Komuniti, UMP Pekan dan ICAM.


Di Indera Sempurna sendiri ada sebuah resort iaitu Sempurna Resort yang ada Rainbow pool yang menarik untuk anak-anak kecil.


Sempurna Resort juga tempat yang sesuai diadakan majlis keraian seperti majlis perkahwinan, jika anda nak bawa rombongan pengantin yang ada majlis di sana, jemput tinggal di Comel Homestay Indera Sempurna :)


Details Comel Homestay Indera Sempurna sila klik sini :)

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi Pn Anisa di talian 018-9000-285. TQ

No comments:

Post a Comment