Wednesday 16 April 2014

Pendaftaran Kolej Matrikulasi Pahang

Dah semak dapat matriks mana? Tahniah! Pendaftaran ke Kolej Matrikulasi Pahang yang terletak di Gambang adalah pada 26 dan 27 Mei 2014. Jom stay kat Comel Homestay, sehari sebelum pendaftaran dan pada hari pendaftaran (kot2 la nak g shopping barang keperluan etc lepas register ;) ). Call dan book cepat k, biar lebih lancar perjalanan pendaftaran insyaAllah :)

Kolej Matrikulasi Pahang ingin memaklumkan bahawa semua pelajar yang ditawarkan melanjutkan pengajian di kolej ini agar merujuk maklumat terkini berkaitan tarikh, prosedur pendaftaran dan maklumat-maklumat lain tentang pendaftaran di laman web rasmi Kolej Matrikulasi Pahang ini.Tarikh dan prosedur pendaftaran adalah berbeza-beza mengikut kolej ( tidak termasuk yuran pengajian dan jurusan yang ditawarkan).Antara makluman awal yang perlu diambil perhatian oleh bakal pelajar Kolej Matrikulasi Pahang adalah seperti berikut : 

1. Tarikh pendaftaran pada 26 Mei 2014 adalah khas kepada pelajar-pelajar dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan sahaja. 
2. Tarikh pendaftaran pada 27 Mei 2014 adalah khas kepada pelajar-pelajar selain dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan . 
3. Dokumen peribadi boleh dimuaturun terus dari laman web Bahagian Matrikulasi. 
4. Senarai blok kediaman beserta bilik akan dimuat naik dalam tempoh terdekat dan pelajar akan mendaftar terus di blok penginapan pelajar.Maklumat-maklumat lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment