Saturday, 9 June 2018

Balik Kampung!

Pesanan khidmat masyarakat balik kampung

1. Cabut semua plug🔌 kat dinding kecuali fridge.
2. Buang sampah.
3. Jgn biar baju tersidai diluar. 
4. Double triple check fan & lampu.
5. Kosongkan sink.
6. Bawak toiletteries.
7. Semat butang baju Melayu.
8. Pin brooch dibeg.
9. Sampin & Songkok.
10. Charger phone.
11. Duit & sampul raya.
12. Sebelum keluar baca al Fatihah, ayat Kursi, Bismillahillazi.Berniat ziarah, niat menjadikan perbuatan kita ibadah.
13. Niat Nak buat Jamak Qasar.
14. Jgn kelam kabut n marah2, jgn over happy.
15. Lapang dada & solat/baca doa musafir.
16. Tinggalkan rumah dgn tawakkal Allah menjaganya.
17. Pastikan semua ahli keluarga masuk kereta. Jgn tertinggal isteri/suami.
18. Top up siap2 touch n go, no more tambah nilai lanes.
19. Sentiasa kira cukup bilangan anak, esp di RnR 
Selamat Pulang ke kampung!
Bawa kenderaan dengan iman.

Microsleep

MICROSLEEP
Pernah tak anda alami situasi di mana anda sedang memandu kenderaan dan tiba-tiba terlelap?
Hanya seketika. Hanya beberapa saat.
Lori yang pada mulanya masih jauh jaraknya tiba tiba berada di hadapan mata.
MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan 'tidur' buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara 1 hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah "shut down".
Pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 km/h.
Seringkali pemandu memikirkan dia kebal.
"Accident berlaku kepada orang lain. Aku ada skill. Kereta pun elok."
Keinginan untuk bersama keluarga tersayang yang terpisah buat sekian lama dijadikan motivasi untuk gagah memandu walaupun sudah terlalu mengantuk.
"Aku dah janji dengan anak - anak nak bawa mereka berjalan. Kesian mereka kalau aku lambat."
Ada juga yang berpendapat jika kenderaan dipandu dengan laju, akan kurang mengantuk akibat kesan 'adrenaline' yang meningkatkan upaya 'fight or flight'. (Fight or flight adalah sitiuasi dimana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang memberhayakan diri: lari atau lawan). Manakala jalan yang berbengkang bengkok seperti di Lebuhraya Karak akan menghilangkan rasa mengantuk kerana pemandu lebih fokus dengan cabaran ambil 'corner'.
Dua fakta di atas hanya mengundang bahaya. Kesan 'fight or flight' hanya seketika sahaja. Sistem badan akan 'burn out' dan akhirnya boleh menyebabkan microsleep yang lebih lama.
Jadi, apa yang harus dilakukan?
🔺 BERHENTI.
🔺 LETAK KERETA DI TEMPAT YANG SELAMAT.
🔺TIDUR.
Tak perlu tidur lama. Lima minit cukup.
Ulang setiap kali anda mula berasa mengantuk. Berhenti berehat setiap dua jam untuk pemanduan jarak jauh.
Untuk penumpang hadapan pula, jadilah co-driver yang baik. Apabila perjalanan bermula janganlah berdengkur sahaja ataupun sumbat earphone di telinga dan layan filem Korea seorang diri. Cuba lakukan beberapa perkara ini:
1. Bawa bersembang dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.
2. Perhatikan cara pemanduan. Jika sudah mula membawa tidak mengikut lorong, tegur pemandu. Cadangkan untuk berehat seketika di stesen minyak.
3. Sekali sekala lihat paparan dashboard pemandu. Adakah pemanduan terlalu laju? Ada tak lampu - lampu amaran yang menyala? Jika ada, tegur.
Berhati hati di jalan raya. Musim perayaan telah bermula. Jangan jadikan diri dan keluarga anda sebahagian daripada statistik OPS SIKAP.
Ramadan Kareem.
Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris
Presiden & pengasas
Medical Mythbusters Malaysia

Thursday, 10 May 2018

Malaysia Reborn

Finally! After 60 years of reigning the malaysian government by BN, Malaysia chooses to change. Now we can have a "normal" political and national growth, hopefully. Looking forward for a better Malaysia.

Congratulations to Tun Dr Mahathir for being appointed the 7th Malaysian Prime Minister, and a big CONGRATULATIONS to all Malaysians for showing the power of the people ❤

Today 10th May 2018, Malaysia is REBORN!

Thursday, 19 April 2018

i-FINOG 2018

The international festival of innovation on green technology is happening at UMP Gambang campus di weekend.

It's a great affair for exposure on recycling and green technology. Participants come from all ages, elementary, secondary and tertiary. Very educational indeed.

As usual when there's a big event in UMP Gambang campus, participants and exhibitors always choose to stay at our Apartments just across the road, and yes were fully booked for the weekend. Thank you for your support.

For more info on i-FINOG, go to their website http://finog.ump.edu.my/index.php

Friday, 23 March 2018

Ekspo Pertanian Kuantan


Kini di TAPAK PARKIR MPK 2 KUANTAN
☘💐🌳🌼🌴🌲🌺 [ 23 MAC - 01 APR ]
.
Dapatkan ratusan jenis #Anak_Pokok_Hybrid dengan harga BORONG dari jam 10pg-12mlm.
.
Banyak BENIH2 terkini dgn harga borong serta TIPS & RAHSIA penjagaan utk anda 😱
.
Peminat tegar ORKID boleh singgah dapatkan orkid pilihan hati disini.
.
Pelbagai jenis anak pokok akan dibawa 🌴
🌳Musang King
🌳Rambutan Anak Sekolah
🌳Nangka Madu
🌳Mangga Irwin
🌳Kelapa Jely
🌳Cermai Mekah
🌳Matoa
🌳Dokong
🌳Manggis
🌳Cempedak
🌳dan bermacam-macam pokok lain

Pelbagai jenis bunga-bungaan juga akan dibawa ~ Rose, Kekwa, Bunga Raya, Bunga Kertas, Cactus, Kemboja & lain2.

ARTIS Jemputan yg akan hiburkan anda ❤ :
🎤BANDI AMUK 23 MAC
🥁KAK NAB DRUMMER 25 MAC
🎼IS PROJECTOR BAND 27 MAC
🕺HARRY KHALIFAH 31 MAC

Sertai Pertandingan Karaoke 🎤Terbuka dan menangi :-
🏆Hadiah Pertama RM500
🏆Hadiah Kedua RM200
🏆Hadiah Ketiga RM100

Pendaftaran👉www.wasap.my/+60175132732
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Setiap pembelian anda layak memenangi Cabutan Bertuah 🎁 pada 01hb Apr 2018

🎪Pesta Orkid & Flora
🗓23MAC - 01APR 2018
⏰10PG - 12MLM
📍TAPAK PARKIR PADANG MPK2, TPK PASAR RAMADHAN DI TEPI STADIUM DARUL MAKMUR

Pertanyaan Lokasi : www.wasap.my/+60174048867

#musangking #expopertanian #orkid #pahang #kuantan #anakpokok

Tuesday, 30 January 2018

Gerhana Bulan Yang Istimewa


Malam uni akan berlaku bukan Dua, retail TIGA fenomena Bulan secara serentak, iaitu super moon, blood moon dan blue moon. Apa Yang istimewa tentangnya? Fenomena ini cuma berlaku setiap 156 tahun! Dan Kita berpeluang melihatnya, Subhanallah! Lihatlah kebesaran Allah dengan Mata hati kita supaya bertambah keimanan Kita terhadap Yang Mahal Esa. Masya Allah!

Sebagai seorang Muslim, apabila berlaku gerhana (blood moon), Kita digalakkan mengerjakan solat gerhana. Malam ini jangan lepaskan peluang untuk mengejar keredhaan Allah dengan beribadah Dan mengagumi kebesaran Allah.

Ringkasan fenomena-fenomena Bulan:

1. Supermoon : Bulan kelihatan lebih besar Dari biasa, kerana kedudukan Bulan berada paling hampir dengan bumi pada ketika itu.

2. Blood moon : gerhana bulan, iaitu kedudukan bumi berada Di antara Bulan Dan matahari Dalam Satu garis lurus.

3. Blue moon : berlaku Dua Bulan penuh (full moon) Dalam Satu Bulan. Kali pertama pada 1 Januari 2018, Dan Hari ini 31 Januari buat Kali keduanya.

Sunday, 31 December 2017

Selamat Tahun Baru 2018

Alhamdulillah, dipanjangkan usia Kita dapat bertemu lagi Di tahun baru, 2018. Semoga Kita sentiasa berusaha menjadi Muslim Yang lebih baik.

Di sini Kami sharekan kalendar puasa untuk tahun 2018. Selamat beribadat 😉